Fund Price

Thursday, December 17, 2009

Bursa Malaysia ditutup rendah

KUALA LUMPUR 16 Dis - Harga saham di Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini apabila ramai pelabur sama ada kekal di luar pasaran atau mengurangkan pegangan masing-masing sebelum cuti akhir tahun.

Semasa penutup, Indeks Komposit FTSE Bursa Malaysia (FBM) Kuala Lumpur turun 1.78 mata kepada 1,269.03.

"Dagangan dijangka lesu untuk tempoh dua minggu akan datang apabila para pelabur menutup aktiviti dagangan masing-masing bagi akhir tahun ini," katanya.

Indeks FBM Emas ditutup turun 17.06 mata kepada 8,437.42, Indeks FBM Top 100 merosot 16.19 mata kepada 8,261.09 dan Indeks FBM70 turun 34.58 mata kepada 8,128.45. Indeks FBM Ace meningkat 30.63 mata kepada 4,246.78.

Indeks Kewangan turun 42.72 mata kepada 10,977.71 dan Indeks Perusahaan rugi 12.89 mata kepada 2,678.17. Indeks Perladangan menokok 37.05 mata kepada 6,340.70 berikutan tinjauan aliran meningkat bagi minyak sawit.

Seorang pakar industri menyatakan bahawa harga minyak sawit boleh meningkat ke paras RM2,800-RM3,000 setan metrik menjelang akhir suku pertama tahun depan, selepas dipacu oleh permintaan global yang lebih tinggi yang dijangka meningkat 5.5 juta tan metrik.

Secara keseluruhannya, 236 kaunter untung berbanding 352 kaunter rugi manakala 266 yang lain diniagakan tidak berubah.

Jumlah keseluruhan meningkat kepada 654.372 juta saham bernilai RM910.074 juta berbanding 527.575 juta saham bernilai RM802.227 juta semalam.

Bagi saham berwajaran tinggi, Sime Darby tidak berubah pada harga RM8.98, Maybank turun 12 sen kepada RM6.78, manakala CIMB dan Maxis turun 2.0 sen setiap satu masing-masing kepada RM13.08 dan RM5.38.

Perolehan di Pasaran Utama meningkat kepada 500.633 juta saham bernilai RM884.698 juta, berbanding dengan 427.92 juta saham bernilai RM768.26 juta yang dicatatkan semalam.

Waran meningkat kepada 19.237 juta saham bernilai RM2.614 juta, daripada perolehan 16.60 juta saham bernilai RM2.55 juta yang dicatatkan semalam.

Bagaimana pun jumlah dagangan di Pasaran ACE turun kepada 50.426 juta unit bernilai RM12.869 juta, daripada 81.32 juta unit bernilai RM30.09 juta yang dicatatkan sebelum ini.

Produk pengguna mencatatkan 17.759 juta saham diniagakan di Papan Utama, produk perusahaan 138.611 juta, pembinaan 34.627 juta, dagangan dan perkhidmatan 177.485 juta, teknologi 28.725 juta, prasarana 3.833 juta, kewangan 34.768 juta, hotel 8.736 juta, hartanah 42.202 juta, perladangan 12.026 juta, perlombongan 9,600, REIT 1.804 juta dan dana tertutup 45,100.

— Bernama

No comments:

Post a Comment