Fund Price

Monday, July 27, 2009

Saham murah rangsang Bursa ditutup tinggi

KUALA LUMPUR 27 Julai - Harga-harga saham di Bursa Malaysia ditutup lebih baik hari ini selepas mencatatkan kerugian pada awal dagangan, dirangsang oleh minat yang berpusat kepada saham berharga murah, kata para peniaga.

Indeks Komposit Kuala Lumpur FTSE Bursa Malaysia ditutup tinggi sedikit iaitu 0.55 mata pada 1,156.43, selepas dibuka 0.93 mata lebih rendah pada 1,154.95.

Menurut seorang penganalisis, Shahrul Kamal Ramli, kekurangan petunjuk menyebabkan FBM KLCI bergerak rendah sepanjang hari dengan saham berharga murah menguasai jumlah dagangan.

Indeks Kewangan lega 5.69 mata kepada 9,407.63, Indeks Perladangan susut 32.59 mata kepada 5,546.16 sementara Indeks Perindustrian 18.55 mata lebih tinggi pada 2,546.19.

Indeks FBMEmas pula mengukuh 18.74 mata kepada 7,801.51, Indeks FBM Top 100 meningkat 11.83 mata kepada 7,588.54, Indeks FBMMesdaq melonjak 22.67 mata kepada 4,120.66 dan Indeks FBM2BRD menambah 193.37 mata kepada 5,204.16.

Saham-saham untung mengatasi saham rugi dengan 455 berbalas 215 sementara 238 kaunter tidak berubah, 324 tidak diniagakan dan 31 yang lain digantung.

Jumlah dagangan merosot kepada 987.228 juta saham bernilai RM1.215 bilion berbanding Jumaat lepas 1.038 bilion saham bernilai RM1.566 bilion.

Mendahului saham-saham aktif, KNM naik 3.5 sen kepada 90.5 sen, SAAG Consolidated dan Scomi Group, masing-masing menokok 10 sen kepada 30 sen dan 69.5 sen sementara Astral Supreme lega tiga sen kepada 26.5 sen.

Jumlah dagangan di Papan Utama berkurangan kepada 701.033 juta saham bernilai RM1.121 bilion daripada 885.973 juta saham bernilai RM1.513 bilion Jumaat lepas.

Jumlah dagangan di Papan Kedua mengukuh kepada 220.272 juta saham bernilai RM80.632 juta daripada 64.839 juta saham bernilai RM34.376 juta minggu lepas.

Jumlah dagangan di Pasaran Mesdaq menokok kepada 33.515 juta saham bernilai RM5.546 juta daripada 32.403 juta saham bernilai RM5.507 juta. Waran pula susut kepada 30.311 juta unit bernilai RM6.613 juta daripada 50.426 juta bernilai RM10.098 juta sebelumnya.

Berdasarkan sektor, produk pengguna menguasai 28.911 juta saham yang diniagakan di Papan Utama, produk perindustrian 193.304 juta, pembinaan 47.053 juta, urus niaga/perkhidmatan 213.693 juta, teknologi 18.053 juta, infrastruktur 19.536 juta, kewangan 50.828 juta, perhotelan 2.929 juta, hartanah 99.916 juta, perladangan 21.144 juta, perlombongan 3,000, REITs 5.463 juta dan dana tertutup 194,100. - Bernama

No comments:

Post a Comment