KUALA LUMPUR 6 Ogos - Harga minyak mentah dijangka meningkat antara AS$70 dan AS$90 setong tahun depan berikutan permintaan yang semakin meningkat dari China dan India, kata Ketua Ekonomi Deutsche Bank Group, Profesor Norbert Walter.
Satu lagi rangsangan untuk harga komoditi seperti minyak meningkat ialah penurunan nilai dolar AS berikutan pelabur mula mempelbagaikan portfolio, dan tidak mahu pelaburan mereka terlalu besar dalam dollar AS, katanya pada taklimat media di sini hari ini.
Walter berkata, sejak lima tahun lepas, berlaku pengumpulan aset-aset kewangan menggunakan dollar AS yang menarik pelabur dari China, Jepun, Rusia dan Timur Tengah.
Namun, pelabur kini 'bimbang' dan mereka mahu mempelbagaikannya, katanya.
"Oleh itu, dolar AS akan turun kerana ramai yang tidak mahu memberi tumpuan besar pelaburan mereka dalam dolar AS," katanya.
- Bernama
No comments:
Post a Comment