KUALA LUMPUR 11 Ogos - Adakah mata wang China, Renminbi akan menjadi mata wang dunia menggantikan dolar AS tidak lama lagi?
Itulah persoalan yang bermain ketika ini berikutan China muncul antara kuasa ekonomi baru dan meninggalkan Amerika Syarikat yang masih bergelut untuk memulihkan ekonomi sendiri.
Bekas Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Citigroup Inc., Charles Prince berkata, adalah tidak mustahil untuk mata wang China itu menjadi mata wang global jika negara tersebut meneruskan penguasaannya dalam ekonomi dunia.
"Saya yakin Renminbi boleh mengganti dolar AS jika ekonomi negara itu meneruskan penguasaannya dan nilai dolar menjadi lemah," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjadi speaker pada Simposium Pasaran-pasaran Modal Dunia di sini hari ini.
Menurut Prince, China telah belajar dari krisis kewangan Asia 10 tahun lalu dan kebangkitannya ketika itu amat menakjubkan.
Malah katanya, China bakal menjadi negara pertama di dunia yang akan pulih dari krisis ekonomi global berikutan langkah yang diambil untuk mengatasi masalah tersebut amat memberangsangkan.
Selain itu, beberapa dana asing dilihat sudah mula memasuki China bagi tujuan pelaburan selepas negara itu mengumumkan pakej rangsangan ekonomi pada awal tahun ini.
"Jangkaan ekonomi China berkembang sebanyak 6.5 peratus dan kami yakin dengan sasaran itu berikutan beberapa kajian dan penyelidikan telah dibuat di samping keupayaan pasaran saham negara itu yang semakin baik," katanya.
Prince menambah, beberapa sektor pelaburan berasaskan kediaman, ekologi, luar bandar dan infrastruktur, penjagaan kesihatan, kereta api dan jalan serta inovasi dilihat sudah mula menunjukkan perkembangan positif.
My comment
Sila baca berita terkini....china economy seem improve better than any other big country...So jgn tunggu lagi utk investment....berminat tentang investment...sila comment and email me....thanks
betul2.....it's time to start melabur!
ReplyDelete