Fund Price

Thursday, August 6, 2009

Saham wajaran tinggi bantu tingkatkan pasaran

KUALA LUMPUR 6 Ogos - Harga saham di Bursa Malaysia ditutup hari ini lebih tinggi berikutan pembelian ke atas saham berwajaran tinggi seperti Maybank dan Bumiputra-Commerce, walau pun kenaikan harga tersekat kerana kejatuhan harga pada kaunter lain seperti Sime Darby dan British American Tobacco, kata para peniaga.

Semasa ditutup, Indeks Komposit FTSE Bursa Malaysia Kuala Lumpur (FBM KLCI) meningkat 4.48 mata kepada 1,183.97 selepas dibuka turun 0.41 mata kepada 1,179.49.

"Jika pasaran mencecah paras 1,175, ia kemungkinan mencetuskan pembetulan kecil dan mencecah paras 1,154,".

Menurut Phua, pasaran tempatan adalah sihat dan pengenalan dana Amanah Saham 1Malaysia akan memberikan kesan besar ke atas ekuiti untuk tempoh sehingga akhir September tahun ini.

Semasa ditutup. Indeks Kewangan meningkat 93.68 mata kepada 9,708.4, Indeks Perladangan menokok 13.51 mata kepada 5,773.52, Indeks Perusahaan meningkat 7.57 mata kepada 2,610.91 dan Indeks FBMEmas menokok 55.42 mata kepada 8,204.84.

Kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 524 kepada 186 manakala 203 kaunter tidak berubah dan 314 yang lain tidak diniagakan.

Perolehan keseluruhan melonjak kepada 1.025 bilion saham bernilai RM1.541 bilion daripada 923.999 juta saham bernilai RM1.620 bilion semalam.

Mendahului kaunter aktif, KNM Group menokok 1.5 sen kepada 85.5 sen, SAAG meningkat 0.5 sen kepada 27.5 sen, Equine Capital meningkat 3.5 sen kepada 57 sen dan Mulpha naik 1.5 sen kepada 55.5 sen.

Antara kaunter berwajaran tinggi, Sime Darby rugi 2.0 sen kepada RM8.31 dan British American Tobacco turun 76 sen kepada RM48.00.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama meningkat kepada 926.704 juta saham bernilai RM1.521 bilion daripada 706.975 juta saham bernilai RM1.592 bilion pada Rabu.

Bagaimana pun, perolehan Pasaran ACE turun kepada 74.909 juta saham bernilai RM12.452 juta daripada 88.208 juta saham bernilai RM15.859 juta semalam.

Waran turut merosot kepada 19.143 juta unit bernilai RM5.346 juta daripada 32.633 juta unit bernilai RM9.706 juta sebelum itu.

Produk pengguna mencatatkan 47.715 juta saham diniagakan di Pasaran Utama, produk perusahaan 217.476 juta, pembinaan 92.929 juta, perdagangan/perkhidmatan 287.358 juta, teknologi 24.071 juta, prasarana 15.424 juta, kewangan 96.573 juta, hotel 2.833 juta, hartanah 119.403 juta, perladangan 19.916 juta, perlombongan 76,000, REIT 2.855 juta dan tertutup/dana 72,000. - Bernama

No comments:

Post a Comment