Fund Price

Tuesday, September 29, 2009

Di mana tahap kewangan anda

Fri 11 Sep 2009
Posted by Irfan Khairi under Tip Kewangan

Baru-baru ini slot Radio saya telah bertukar dari rancangan “Yo!” kepada “Irfan on Air”. Irfan on Air berkonsep seperti blog anda baca ini, menyampaikan tip perniagaan, kewangan dan juga motivasi cara santai dan insyaallah happening! Saya juga membuka talian telefon untuk pendengar radio24 berkongsikan pengalaman, tip atau pun soalan bersama saya

Semalam di Radio24, program “Irfan on Air” (Setiap hari Khamis 2.15pm) saya kongsikan mengenai 4 tahap kewangan seseorang itu.

Berikut adalah 4 tahap tersebut…

#1: Kewangan tidak selamat (Finacially not secure)

Keadaan ini adalah apabila jika anda tidak mempunyai simpanan pun. Dalam erti kata lain, sekiranya ada pun simpanan anda hanya mampu menyara hidup anda dan keluarga selama sebulan sahaja. Sekiranya anda hilang kerja esok, sebulan sahaja anda dapat hidup dengan wang simpanan yang ada.

Tahap ini amat tidak selamat bagi sesiapapun. Boleh diumpamakan sebagai kais pagi-makan pagi… kais petang makan petang. Zaman modern ini, seumpama kais bulan ni, makan bulan ni… kais bulan depan, makan bulan depan

Masalahnya, ramai antara kita berada dalam keadaan yang tidak selamat ini…

#2: Kewangan Selamat (Financially secure)

Ini adalah pilihan yang lebih baik. Ertinya, umpamanya sekiranya anda berhenti kerja (atau dinberhentikan ) anda mempunyai simpanan untuk menyara hidup anda dan keluarga anda selama 6 bulan. Sekiranya anda berada dalam tahap ini, tahniah! keran tidak ramai yang berada di sini.

6 bulan adalah jangka waktu yang logik untuk seseorang itu mendapatkan kerja lain atau memulakan perniagaan untuk menyambung pendapatan sara hidup. matlamat utama anda sekiranya anda berada di tahap #1 adalah untuk mencapai tahap ini… cukupkan simpanan anda untuk menyara 6 bulan hidup anda dan keluarga- tanpa perlu kerja!

#3: Bebas kewangan / Mandiri kewangan (Financially Free)

Ini adalah matlamat bagi ramai antara kita. Tetapi, yang mencapainya adalah amat sedikit. Ertinya sekiranya anda berada di tahap ini adalah- anda bebas untuk membuat pilihan untuk bekerja ataupun tidak! Anda mempunyai simpanan atau pun aliran pendapatan secara automatik yang cukup untuk menyara hidup anda sekeluarga sampai bila-bila!

Tahap ini, anda tidak perlu kerja lagi (atau menjalankan perniagaan). namun begitu, ramai yang berada di tahap ini, masih lagi meneruskan karier atau perniagaan kerana berasa seronok melakukannya. Bukan kerana terpaksa, tetapi dengan sukarela…

Tips untuk mencapai keadaan ini adalah fikirkan aliran pendapatan berganda secara automatik, contoh seperti menyewa rumah, membina perniagaan yang dikendalikan secara automatik (perniagaan Internet) atau membina perniagaan yang dikendalikan oleh orang lain (mungkin pengurus).

#4: Tahap Kaya Giler (… ya.. memang saya sebut kaya Giler di radio!) atau Ultra Rich

Tahap ini lagi la sedikit yang capai… teramat sedikit. Mereka ini jenis yang mempunyai wang yang banyak sehingga tak terpakai wang yang dimiliki. Boleh derma beratus ribu ringgit atau berjuta… (kita nak dapat beratus ribu pun payah ) nama nama seperti Tan Sri Mokhtar Bukhari, Tan Sri Daim Zainuddin, mendiang Tan Sri Lim Goh Tong dan Tan Sri Ananda Krishnan.

Itulah 4 tahap kekayaan yang saya kongsikan di “Irfan on Air”. Sekiranya anda ikuti semalam, saya juga kongsikan teknik dan strategi bagaimana hendak meningkatkan tahap anda dari 1-2-3-dan-4. Insyaallah saya akan konsikan pada hari lain. Buat masa ini, kita faham dulu kedudukan kewangan kita…

Soalan cepu gangsa untuk hari Jumaat ini…

Anda berada dalam kedudukan yang mana?

*Tak perlu jawap di sini pun takpe. Just jawap dalam hati… yang penting kita sedar kedudukan kewangan kita dan berusaha untuk tingkatkan ke tahap yang seterusnya

No comments:

Post a Comment