Fund Price

Wednesday, September 30, 2009

Saham murah rangsang pasaran

HARGA saham di Bursa Malaysia ditutup kukuh semalam dirangsang oleh kegiatan membeli saham murah dan juga seiring dengan aliran serantau.

Peniaga berkata, sentimen serantau meningkat berikutan lantunan semula di pasaran Amerika Syarikat (AS) yang dicetuskan oleh beberapa berita mengenai pengambilalihan korporat.

Pada penutup, Indeks Komposit FTSE Bursa Malaysia Kuala Lumpur naik 2.26 mata kepada 1,208.21 selepas dibuka 2.42 mata lebih tinggi pada 1,208.37.

“Kegiatan belian semalam meningkat dengan ketara, didorong oleh berita dari AS dan juga seiring dengan pasaran serantau," kata penganalisis TA Securities, Stephen Soo.

Beliau menjangkakan yang paras sokongan dalam lingkungan 1,200 sementara halangan pada 1,220.

Indeks FBMEmas menokok 19.66 mata kepada 8,137.72, FBM Top 100 mengukuh 18.62 mata kepada 7,927.54, FBM70 melonjak 33.89 mata kepada 8,048.95 dan FBM ACE Index mengembang 46.53 mata kepada 4,023.91.

Indeks Teknologi naik 0.08 mata kepada 16.36, Indeks Kewangan lebih tinggi 39.57 mata kepada 9,974.11, Indeks Perladangan menambah 0.99 mata kepada 5,910.13 dan Indeks Perusahaan menokok 3.13 mata kepada 2,648.42.

Saham untung mengatasi saham rugi dengan 369 berbalas 239 sementara 265 kaunter tidak berubah dan 385 tidak diniagakan.

Jumlah dagangan mengukuh kepada 594.587 juta saham bernilai RM720.739 juta daripada 454.117 juta saham bernilai RM605.403 juta, kelmarin.

Mendahului saham yang untung termasuklah British American Tobacco, yang menambah 34 sen kepada RM44.94, HAIO naik 27 sen kepada RM5.69 dan KFC meningkat 20 sen kepada RM7.60.

Antara yang aktif, KNM kekal pada 76 sen sementara Land & General melonjak 3.5 sen kepada 41.5 sen dan TA Enterprise menokok sembilan sen kepada RM1.48.

Bagi saham berwajaran tinggi, Sime Darby menambah satu sen kepada RM8.53 sementara IOI Corp susut tiga sen kepada RM5.20.

PPB mengukuh dua sen kepada RM15.94 dan KLK naik 10 sen kepada RM13.88 manakala MISC susut 10 sen kepada RM8.90.

Maybank dan Tenaga Nasional, masing-masing meningkat tiga sen kepada RM6.68 dan RM8.21 sementara CIMB Group mengembang empat sen kepada RM11.14 dan DiGi lebih tinggi 20 sen kepada RM21.50.

Di Pasaran Utama, jumlah dagangan melonjak kepada 527.654 juta saham bernilai RM795.882 juta daripada 416.577 juta saham bernilai RM595.463 juta kelmarin.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE pula menambah kepada 43.906 juta saham bernilai RM8.038 juta daripada 20.852 juta saham bernilai RM5.445 juta sementara waran pula menokok kepada 16.615 juta unit bernilai RM3.918 juta daripada 14.104 juta unit bernilai RM3.367 juta.

Produk pengguna menguasai 41.268 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk perusahaan 131.777 juta, pembinaan 30.424 juta, urus niaga dan perkhidmatan 171.991 juta, teknologi 15.056 juta, infrastruktur 5.819 juta, kewangan 48.533 juta, perhotelan 2.197 juta, hartanah 71.19 juta, perladangan 7.788 juta, perlombongan 10,000, REIT 1.556 juta dan dana tertutup 40,000. - Bernama

No comments:

Post a Comment