Fund Price

Thursday, September 17, 2009

GEC2009 akan bantu usahawan kembangkan perniagaan

KUALA LUMPUR 16 Sept. - Kongres Usahawan Global 2009 (GEC2009) pada 19 November di Kuala Lumpur, akan menghimpunkan usahawan berjaya dan baharu meningkat dalam satu platform, untuk mempelajari sesama sendiri untuk mengembangkan bisnes.

GEC2009 pertama itu yang bertemakan "mengembangkan Bisnes Anda - Model Pertumbuhan Baharu dan Strategi". Ia dianjurkan oleh Organisasi Usahawan (EO), sebuah rangkaian global yang dinamik yang dianggotai lebih 7,300 pemilik perniagaan di 42 negara.

Pengerusi Penganjur, Vijay Tirathrai berkata, GEC2009, "satu acara oleh usahawan untuk usahawan," merupakan sebahagian daripada inisiatif global EO24 EO yang berlangsung dalam tempoh lebih 24 jam di 40 negara secara serentak.

"Kami menjangkakan kira-kira 500 perwakilan, termasuk ahli perniagaan tempatan, menyertai acara itu, menerusi pelancaran laman web rasmi hari ini," katanya pada pelancaran media GEC2009.

Beliau berkata, acara itu akan mewujudkan peluang bermakna seperti perkakasan pemandanan bisnes. Rangkaian global dan akses kepada sumber-sumber pembelanjaran antarabangsa.

"Antara bidang utama yang akan ditangani oleh penceramah terkemuka antarabangsa ialah strategi pertumbuhan, membangunkan pertumbuhan berkekalan menerusi pemerolehan modal, penglibatan dalam talian, pemacu teknologi bahari dan lebih banyak kandungan berorientasikan keputusan," kata Vijay. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment