Pertumbuhan negara yang terjejas teruk akibat kemelesetan ekonomi dunia kini menunjukkan tanda-tanda pemulihan positif .
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kesan itu adalah hasil tindakan proaktif yang diambil kerajaan dalam menyokong pertumbuhan ekonomi dan dapat dilihat melalui peningkatan permintaan domestik.
Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan berkata, pengukuhan sektor luaran penting untuk meletakkan negara kembali ke landasan pertumbuhan lebih baik.
Perdana Menteri berkata demikian selepas sesi taklimat oleh Lembaga Pengarah Bank Negara Malaysia (BNM) tentang ekonomi Malaysia dan sektor kewangan di BNM. Turut hadir Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah dan Gabenor BNM, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz.
petikan utusan
30/9/09
No comments:
Post a Comment