Fund Price

Sunday, August 30, 2009

Why Invest in UNIT TRUST?

Salam,

Aku nak citer ckit kenapa kita perlu invest dalm unit trust.

Generally apa aku nak ckp jika korg semua ada saving in bank or maybe EPF…ko rang simpan beberapa tahun pun bermakna korg membuang duit korg……Mmg membazir…contoh kalau ko simpan je dlm bank..interest dia dlm 1-2% sahaja…..tapi Negara kita kadar inflation dia agak x terkwal…tahun lepas mmg tinggi giler….6-7% inflation rate…bygkan le bagaimana nilat duit kita jatuh by inflation….

Maybe ada sesetgh org tidak nampak perkara ni….aku bagi satu contoh….harga secawan milo di kedai makan. Padan tahun 2004 aku beli segelas milo harga dia blh dpt dlm RM 1.20. After aku balik 2007, kedai yang sama, size gelas yang sama…milo yang sama….tetapi harga dia waktu dah Rm1.50…..so dlm 3-4 tahun harga secawan milo naik sbyk 25%......so dlm ekonomi…dia akan tgk…dgn duit RM 1.20 pada tahun 2004, adakah ddgn nilai yg sama kita mampu lagi beli secwan gelas yg sama pada masa akan dtg….so kat sini….kita blh lihat….walaupun gaji kita kat Malaysia ni naik byk tahun 2007….tapi dari ratio gaji to product…still berkurang……gaji besar…tapi harga brg Malaysia naik….so sbb itu kita perlu melabur duit yg kita ada di tempat yg betui…even EPF hanya akan kasih 4-5% je paling tinggi….inflation 6-7%..bukankah nilai duit dah berkurang kalau kita x bt apa??

The fact lagi..ambik dlm keratan akhbar danpakar economy……RM500, 00 dlm EPF have purchasing power of RM145,053 in 20 years…..selain itu.negara kita even Negara lain sekali pun menghadapi medical inflation rate 15% each year…medical cost meningkat year by year…adakah kita sedar?? Education rate juga meningkat sbyk 6% each year..Semua brg naik kat Malaysia naik dan x padan dgn kenaikan gaji kita…tapi ramai org yg bijak melabur utk mengelak kejatuhan nilai duit yg jatuh,,,,,,,,salah satu nye kat unit trust le….ada seorg customer melabur 6 juta tahun Oktober 2008, by July 2009 dia dah redeem since dah meningkat 7 juta…..kat sini aku blh ckp bahasa kasar nye….org kaya makin kaya…org miskin makin miskin…..

Org kaya makin kaya dgn duit yg dia ada sbb dia pandai melabur manakala org sederhanamcm kita ni makin miskin kalau x pandai melabur….so lu pikirlah sendiri..

Ok melabur di unit trust basically mid to long term savings untuk mendapat higher return…basically return after 3 Years selalunya dlm average 50%.... tetapi it prove can go until 80% after 3 years….dan kebykan org melabur ada objective masing2….ada untuk children education, retirement, shopping dan mcm2 lagi..

Risiko pelaburan ini amat rendah kerana berbentuk diversified investment….so melabur byk tpt…..dan manage by professional person…..satu lagi bagus daripada ASB…unit trust Islamic mengikut syariah …liquidity..maknanya blh redeem duit bila2 masa mengikut kemahuan kita……alamak…aku ada hal plak….nanti citer lebih detail pasal fund2 yang ada…nak ckp mmg melabur ni bagus…so cpt2 melabur tahun ni sbb ekonomi dunia seem positive growth….so expectcan get higher return maybe by next year….nak Tanya lanjut….add ym aku..matrixum515@yahoo.com...ok...thanks

Salam Ramadhan…

Wednesday, August 26, 2009

Produk syariah semakin diterima

KUALA LUMPUR 25 Ogos – CIMB-Principal Islamic Asset Management Sdn. Bhd. (CIMB-Principal Islamic) menyasarkan pengurusan asetnya meningkat sehingga AS$400 juta (RM1.4 bilion) menjelang akhir tahun ini.

Ketua Eksekutifnya, Datuk Noripah Kamso berkata, sasaran itu dibuat ekoran penerimaan produk pelaburan berasaskan syariahnya yang semakin meningkat pada masa ini.

‘‘Setakat ini kami telah menguruskan aset sebanyak AS$1.3 bilion (RM4.57 bilion) sehingga 30 Jun lalu, oleh itu untuk menambah jumlah tersebut adalah realistik bagi mengukuhkan rekod kami,’’ katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas taklimat media ‘Pelaburan di masa hadapan: langkah seterusnya?’ di sini hari ini.

Hadir sama Ketua Pegawai Operasi Principal Global Investors, Barbara McKenzie dan Pengarah Urusan Asia ex Jepun, Principal Global Investors (S) Ltd, Kirk West.

CIMB-Principal Islamic merupakan cabang organisasi kepada CIMB-

Principal Asset Management Bhd. (CIMB-Principal Asset) telah menerima mandat pengurusan aset berasaskan Syariah sejak 2000.

Tambah Noripah, pengurusan aset Islam yang turut melibatkan pasaran sukuk pada tahun ini bernilai AS$12 bilion (RM42.24 bilion) dan setakat ini AS$8 bilion (RM28.16 bilion) sukuk telah diterbitkan.

‘‘Pada tahun 2010, jumlah tersebut dijangka melebihi AS$12 bilion (RM42.24 bilion),’’ jelasnya.

Selain itu, Noripah berkata, kajian telah menunjukkan dan mengesahkan selepas krisis ekonomi pelaburan berasaskan Syariah adalah relevan kerana ia mempunyai kualiti, mudah dan selamat.

‘‘Untuk terus menarik minat pelabur bagi mendapatkan produk berasaskan syariah ini, syarikat pengurus dana perlu mengeluarkan dana Islam yang bersifat global dan tidak hanya tertumpu kepada pasaran tempatan sahaja,’’ katanya.

Sementara itu, Mckenzie berkata, dengan senario selepas krisis ini pengurus aset menjangkakan beberapa peraturan akan diubah terutama bagi dana lindung nilai serta derivatif.

Investment Syariah terbaik

Salam,
Di sini blh lihat investment unit trust kat DALI 1 merupakan yang terbaik tidak kira ekonomi jatuh atau naik. Return dia stable dan byk kali menerima anugerah. Ingat yang penting mengikut syariah.... merupakan dana pertama dalam bentuk syariah...fund manager this merupakan manager kedua terbaik di Asia....so no wonder le kenapa fund ini bagus untuk investment.....
Act ada byk lagi nak cerita...maklumlah lama x update blog....dah mlm sgt ni...esok nak sahur...InsyaAllah akan post good comment next time....Thanks for reading...

CIMB Bank launches CIMB Touch 'n Go Visa Card

Written by Personal Money
Friday, 21 August 2009 17:11

CIMB Bank and Touch 'n Go Sdn Bhd have jointly launched the CIMB Touch 'n Go Visa Card – a co-branded credit card designed to provide cardholders the convenience and flexibility of reloading their Touch 'n Go card, complete with a range of special credit card benefits.

The card comes with a Touch 'n Go Zing card, which functions as a standard Touch 'n Go card but with automatic reload capabilities that is linked to the credit card. CIMB is the first bank in Malaysia to offer multiple reload values on the Zing card, said Tunku Dato’ Ahmad Burhanuddin, executive director, CIMB Bank.

Instead of a fixed amount reload, cardholders have the flexibility to choose between reload values of RM100, RM200 or RM300 on their Zing card, allowing users to manage their finances more effectively and save on reload service charges, especially for heavy users of highway and public transportation.

The card is free for life and cardholders will enjoy 10x bonus points for the first reload, while subsequent reloads will award 2x bonus points. '"The bank aims to secure 100,000 cardholders for the CIMB Touch ’n Go Visa Card within the first year,” Ahmad added.

Hasni Zarina Mohamed Khan, managing director, Touch ’n Go Sdn Bhd, said that in 2009 alone, Touch ’n Go recorded more than 700,000 auto-reload transactions from Zing cards with a reload value close to RM75 million. “Currently, there are more than 500,000 Zing cards in circulations and with that, we are targeting to achieve RM148 million of Zing card usage transactions by year-end,” she said.

CIMB-Principal wins Best Islamic Fund Award

Written by Personal Money
Wednesday, 19 August 2009 20:33

KUALA LUMPUR: CIMB-Principal Asset Management Bhd received the Best Islamic Fund Award for the CIMB Islamic DALI Equity Growth Fund at the 3rd International Takaful Summit held in London recently.

The Takaful Summit is a yearly event organised by the Middle East Business Forum. The winners were selected by evaluating the performance of funds over three years (ended 2008) in which the CIMB Islamic DALI Equity Growth Fund achieved the best cumulative performance.

The fund’s mainly bottom-up stock selection process is based on three criteria: improving fundamentals, attractive relative valuations and rising investor expectations, said the company in a statement.

CIMB Islamic DALI Equity Growth Fund, which was launched in May 1998, seeks to achieve consistent capital growth over the medium- to long-term and invests in a diversified portfolio that includes syariah-compliant equities and sukuk.

As at July 31, the fund held 87.64% in equities. The fund also won the Best Malaysian Equity Fund for a three-year performance as at Dec 31, 2008 at the 4th Failaka Islamic Fund Awards.

Salam Ramadhan

Salam dan selamat berpuasa di bulan yang mulia ini. Sorry lama x update blog kali ini....ramai sudah bertanya...actually laptop ade problem.....x blh bukak....so skrg pakai desktop....baru sampai.....anyway.....sesape berminat utk melabur blh bertnya...InsyaAllah aku akan update very soon about pelaburan yang ada di Malaysia...disamping itu, aku nak calcualte return interest...ok see you.....

Wednesday, August 12, 2009

Renminbi ganti dolar AS?

KUALA LUMPUR 11 Ogos - Adakah mata wang China, Renminbi akan menjadi mata wang dunia menggantikan dolar AS tidak lama lagi?

Itulah persoalan yang bermain ketika ini berikutan China muncul antara kuasa ekonomi baru dan meninggalkan Amerika Syarikat yang masih bergelut untuk memulihkan ekonomi sendiri.

Bekas Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Citigroup Inc., Charles Prince berkata, adalah tidak mustahil untuk mata wang China itu menjadi mata wang global jika negara tersebut meneruskan penguasaannya dalam ekonomi dunia.

"Saya yakin Renminbi boleh mengganti dolar AS jika ekonomi negara itu meneruskan penguasaannya dan nilai dolar menjadi lemah," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi speaker pada Simposium Pasaran-pasaran Modal Dunia di sini hari ini.

Menurut Prince, China telah belajar dari krisis kewangan Asia 10 tahun lalu dan kebangkitannya ketika itu amat menakjubkan.

Malah katanya, China bakal menjadi negara pertama di dunia yang akan pulih dari krisis ekonomi global berikutan langkah yang diambil untuk mengatasi masalah tersebut amat memberangsangkan.

Selain itu, beberapa dana asing dilihat sudah mula memasuki China bagi tujuan pelaburan selepas negara itu mengumumkan pakej rangsangan ekonomi pada awal tahun ini.

"Jangkaan ekonomi China berkembang sebanyak 6.5 peratus dan kami yakin dengan sasaran itu berikutan beberapa kajian dan penyelidikan telah dibuat di samping keupayaan pasaran saham negara itu yang semakin baik," katanya.

Prince menambah, beberapa sektor pelaburan berasaskan kediaman, ekologi, luar bandar dan infrastruktur, penjagaan kesihatan, kereta api dan jalan serta inovasi dilihat sudah mula menunjukkan perkembangan positif.



My comment

Sila baca berita terkini....china economy seem improve better than any other big country...So jgn tunggu lagi utk investment....berminat tentang investment...sila comment and email me....thanks

Friday, August 7, 2009

China tumpuan Asia Barat

KUALA LUMPUR 7 Ogos - Ketika China disebut menjadi negara pertama yang akan pulih dari krisis ekonomi global, beberapa pelabur dari Asia Barat kini mula mengetuk pintu negara itu untuk menjadikannya sebagai lokasi pelaburan baru selepas Amerika Syarikat.

Kebangkitan negara-negara Asia Barat khususnya pelabur yang mula melihat bidang hartanah mewah, perhotelan serta penggabungan dan pemilikan (M&A) sebagai teras perniagaan baru untuk diceburi selepas mengalih pelaburan dari Amerika Syarikat.

Ketua Ekonomi China Royal Bank of Scotland di Hong Kong, Dr. Ben Simpfendorfer berkata, ketika ini, bilangan pelaburan dari Asia Barat khususnya dari Arab Saudi dan Dubai masih lagi kecil.

"Walaupun kecil bilangannya, jumlah yang dicurahkan mencecah berpuluh bilion terutamanya dalam pelaburan berkaitan pelabuhan di Shanghai, hartanah dan hotel-hotel mewah serta pembangunan infrastruktur di China," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan ceramah pada Forum Antarabangsa ISIS yang bertajuk 'Bagaimana Kebangkitan Dunia Arab Beralih dari Barat ke China' di sini hari ini.

Menurut Simpfendorfer, walaupun China melindungi atau mengawal penguasaan syarikat asing di dalam pelaburan ke negara itu, ia bukan satu halangan kepada golongan kaya Asia Barat untuk melabur.

Sebagai contoh katanya, Dubai Port World telah melabur di Shanghai, Saudi Aramco melabur AS$2 bilion (RM7 bilion) dalam hartanah serta kerabat diraja Arab Saudi, Putera Al Walid pula melabur dalam hotel-hotel mewah di China.

Walaupun terdapat kekangan, ia bukan halangan untuk membawa masuk lebih ramai pelabur kaya dari Asia Barat kerana China kini semakin terbuka dalam menarik pelaburan asing, katanya.

"Keterbukaan itu juga telah membantu lebih ramai pekerja asing terutamanya dari Asia Barat bekerja dalam sektor pembinaan yang membabitkan kepentingan dari Asia Barat selain China juga menggalakkan pembukaan sekolah berbahasa Arab," katanya.

Simpfendorfer berkata, pelabur-pelabur Asia Barat kini mula tertarik dengan pakej rangsangan ekonomi China berjumlah AS$585 bilion (RM2.047 trilion) yang mula membuahkan hasilnya walaupun pada kadar yang perlahan.

"Jangkaan ekonomi China berkembang sebanyak 6.5 peratus tetapi kami yakin dengan sasaran itu berikutan beberapa kajian dan penyelidikan telah dibuat di samping keupayaan pasaran saham negara itu yang semakin baik," katanya.

Thursday, August 6, 2009

Harga minyak AS$90 setong

KUALA LUMPUR 6 Ogos - Harga minyak mentah dijangka meningkat antara AS$70 dan AS$90 setong tahun depan berikutan permintaan yang semakin meningkat dari China dan India, kata Ketua Ekonomi Deutsche Bank Group, Profesor Norbert Walter.

Satu lagi rangsangan untuk harga komoditi seperti minyak meningkat ialah penurunan nilai dolar AS berikutan pelabur mula mempelbagaikan portfolio, dan tidak mahu pelaburan mereka terlalu besar dalam dollar AS, katanya pada taklimat media di sini hari ini.

Walter berkata, sejak lima tahun lepas, berlaku pengumpulan aset-aset kewangan menggunakan dollar AS yang menarik pelabur dari China, Jepun, Rusia dan Timur Tengah.

Namun, pelabur kini 'bimbang' dan mereka mahu mempelbagaikannya, katanya.

"Oleh itu, dolar AS akan turun kerana ramai yang tidak mahu memberi tumpuan besar pelaburan mereka dalam dolar AS," katanya.

- Bernama

Saham wajaran tinggi bantu tingkatkan pasaran

KUALA LUMPUR 6 Ogos - Harga saham di Bursa Malaysia ditutup hari ini lebih tinggi berikutan pembelian ke atas saham berwajaran tinggi seperti Maybank dan Bumiputra-Commerce, walau pun kenaikan harga tersekat kerana kejatuhan harga pada kaunter lain seperti Sime Darby dan British American Tobacco, kata para peniaga.

Semasa ditutup, Indeks Komposit FTSE Bursa Malaysia Kuala Lumpur (FBM KLCI) meningkat 4.48 mata kepada 1,183.97 selepas dibuka turun 0.41 mata kepada 1,179.49.

"Jika pasaran mencecah paras 1,175, ia kemungkinan mencetuskan pembetulan kecil dan mencecah paras 1,154,".

Menurut Phua, pasaran tempatan adalah sihat dan pengenalan dana Amanah Saham 1Malaysia akan memberikan kesan besar ke atas ekuiti untuk tempoh sehingga akhir September tahun ini.

Semasa ditutup. Indeks Kewangan meningkat 93.68 mata kepada 9,708.4, Indeks Perladangan menokok 13.51 mata kepada 5,773.52, Indeks Perusahaan meningkat 7.57 mata kepada 2,610.91 dan Indeks FBMEmas menokok 55.42 mata kepada 8,204.84.

Kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 524 kepada 186 manakala 203 kaunter tidak berubah dan 314 yang lain tidak diniagakan.

Perolehan keseluruhan melonjak kepada 1.025 bilion saham bernilai RM1.541 bilion daripada 923.999 juta saham bernilai RM1.620 bilion semalam.

Mendahului kaunter aktif, KNM Group menokok 1.5 sen kepada 85.5 sen, SAAG meningkat 0.5 sen kepada 27.5 sen, Equine Capital meningkat 3.5 sen kepada 57 sen dan Mulpha naik 1.5 sen kepada 55.5 sen.

Antara kaunter berwajaran tinggi, Sime Darby rugi 2.0 sen kepada RM8.31 dan British American Tobacco turun 76 sen kepada RM48.00.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama meningkat kepada 926.704 juta saham bernilai RM1.521 bilion daripada 706.975 juta saham bernilai RM1.592 bilion pada Rabu.

Bagaimana pun, perolehan Pasaran ACE turun kepada 74.909 juta saham bernilai RM12.452 juta daripada 88.208 juta saham bernilai RM15.859 juta semalam.

Waran turut merosot kepada 19.143 juta unit bernilai RM5.346 juta daripada 32.633 juta unit bernilai RM9.706 juta sebelum itu.

Produk pengguna mencatatkan 47.715 juta saham diniagakan di Pasaran Utama, produk perusahaan 217.476 juta, pembinaan 92.929 juta, perdagangan/perkhidmatan 287.358 juta, teknologi 24.071 juta, prasarana 15.424 juta, kewangan 96.573 juta, hotel 2.833 juta, hartanah 119.403 juta, perladangan 19.916 juta, perlombongan 76,000, REIT 2.855 juta dan tertutup/dana 72,000. - Bernama

Monday, August 3, 2009

Harga saham di paras tertinggi

KUALA LUMPUR 2 Ogos - Harga-harga saham di Bursa Malaysia dijangka mencecah paras tinggi baharu minggu ini berikutan pelancaran Amanah Saham 1Malaysia (AS1M), yang antara lain menjadi faktor yang merangsang keyakinan, kata para peniaga.

Mereka berkata, Indeks Komposit FTSE Bursa Malaysia Kuala Lumpur (FBM KLCI) dijangka menguji paras 1,183 mata, berdasarkan faktor tempatan dan asing yang menyumbang kepada aliran harga meningkat.

Seorang peniaga berkata, keyakinan pasaran adalah dirangsang oleh jangkaan lebih banyak mudah tunai dalam pasaran tempatan dalam bulan-bulan yang akan datang berikutan pelancaran RM10 bilion (RM35 bilion) AS1M.

"Ia dijangkakan diterima baik oleh orang ramai berdasarkan rekod baik Permodalan Nasional Bhd. dalam mengurus unit-unit amanah.

"Saya menjangkakan AS1M dilanggan sepenuhnya dan dana itu akan merangsang pasaran saham," kata peniaga berkenaan.

Beliau berkata, pada trend keseluruhan minggu ini juga dipengaruhi faktor luaran, terutama Amerika Syarikat (AS).

"Pelabur akan melihat kedudukan ekonomi AS untuk arah tuju," katanya.

Penyedia perkhidmatan kren luar pesisir bersepadu yang baru disenaraikan, Handal Resources Bhd., meningkat 18 sen untuk ditutup pada RM1.34 pada Jumaat.

Mengikut asas mingguan, FBM KLCI menokok 19.02 mata untuk ditutup pada 1,174,90, Indeks Kewangan melonjak 141.91 mata kepada 9,555.23, Indeks Perladangan menokok 30.85 mata kepada 5,609.6 manakala Indeks Perusahaan menambah 48.34 mata kepada 2,575.98.

Bagi siri Indeks FTSE-BM, FMBEmas menokok 137.02 mata kepada 7,919.79, FBMTOP 100 menambah 129.34 mata kepada 7,706.05, FBM2BRD meningkat 280.53 mata kepada 5,291.32 dan FBM-MDQ mencatatkan 160.72 mata lebih tinggi kepada 4,258.71.

Jumlah dagangan meningkat kepada 5.457 bilion saham bernilai RM8.236 bilion berbanding 5.104 bilion saham bernilai RM7.922 bilion minggu lepas.

Jumlah dagangan di Papan Utama meningkat kepada 4.187 bilion unit bernilai RM7.782 bilion berbanding 4.399 bilion unit bernilai RM7.698 bilion sebelumnya.

Jumlah dagangan di Papan kedua meningkat kepada 706.385 juta saham bernilai RM341.231 juta berbanding 283.105 juta saham bernilai RM137.395 juta sebelumnya.

Jumlah dagangan di Pasaran Mesdaq melonjak kepada 342.206 juta unit bernilai RM58.494 juta berbanding 191.996 juta saham bernilai RM34.574 juta sebelumnya.

Waran bagaimanapun susut kepada 195.933 juta unit bernilai RM40.220 juta berbanding 229.587 juta saham bernilai RM42.9 juta minggu lepas. - BERNAMA